Saturday, January 27, 2018

Perodua GearUp EPP




Grab 0% interest rate offers with our GearUp Perodua Originals accessory package with 0% Easy Payment Plan Benefits. Visit any nearby Perodua showroom or service centre.

http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/erA1Y

Alamak susu badan saya cair!

Assalamualaikum.

Sebagai ibu bekerja yang memang dah simpan niat nak susukan anak dengan susu badan sepenuhnya, menjaga gap waktu pam adalah sangat penting. Kenapa?
.
Seringkali kita dengar ibu mengadu dan mengeluh; susu aku cair, kenyang ke anakku? Mula-mula sekali soalan untuk troubleshoot adalah; berapa jarak waktu pam bila anak takde dengan kita? Should be in 3-4hours range. 4hours tu maximum dah. Tak boleh tunggu bengkak baru pam ye.

Kenapa?
Sebab nanti susu cair akan lebih banyak dari susu pekat. Ingat,  komposisi susu kita terdiri dari foremilk dan hindmilk.  Foremilk susu cair, untuk hilangkan dahaga baby.  Hindmilk susu pekat berkrim, untuk perkembangan tubuh baby.

Kalau boleh kita nak kuantiti kedua-dua ni balance. Tapiii... ya,  ada tapi ya!

Ada banyak pengaruh lain lagi yg turut mempengaruhi. Contoh,  hari yang panas.  Kita cepat betul dahaga kan? Baby pun sama.  Maka walaupun kita dah jaga timing kita,  susu tetap akan cair sedikit.  Kan Allah tu Maha Bijaksana, diciptakan badan kita ni boleh adapt dengan surrounding pulak,  supaya susu kita memenuhi keperluan anak yang dahaga.

Bila hari sejuk,  lapisan lemak tu kita nampak lebih sedikit.  Tujuan utk bagi heat pada baby. Kita tak payah nak susah-susah, Allah bagi khas melalui susu utk baby kita ni. Ajaib kan susu ibu?

Selain tu,  makanan pun mempengaruhi cair pekat susu kita. Kita boleh usaha dengan makan makanan yang membantu menambah nutrien susu ni.

Ramai ibu yang risau kenapa susu aku cair je compare dengan susu orang lain.  Stop belittle yourself okay. Setiap susu tak sama sebab keperluan anak kita tak sama antara satu sama lain, ya? :)

Friday, January 26, 2018

Kenapa Lazada?

Assalamualaikum.

Kami suka beli barang online. Mana lagi kalau  bukan Lazada. Kadang-kadang barang yang kami nak tu spesies susah nak dijumpai. Kadang-kadang harga Lazada lagi best dari yang ditemui. Ahgitchew!

Aksesori motor, parts motor, mandian Iman,  hadiah birthday laki,  kereta Iman semua pakai online ja mudah. Kan?

Stroller dan carseat Iman ni kami yakin nak beli online pasal they describe all about it meticulously. Takde cincai boncai setakat haa ni gambar ni harga, dah! Kami boleh illustrate the products based on the description tau. Kami boleh tahan cerewet gak la sebab nak kereta yang muat bontot Myvi. Almaklum Myvi ni ibarat gadis tak cukup makan,  aset tak berapa ada!


Harga dia pun bila kami compare dengan yang di Baby Fair, jauhhh beza. Kami mesti la buat homework dulu sebelum beli pasai ya la, pelaburan masa panjang nih. Tak boleh main-main. 

Nak lagi best tunggu Lazada buat promo.  Kaw-kaw dia potong tebas harga sampai hangpa nganga!

Bila dah muktamad keputusan dan make payment, takdan kami tunggu,  barang dah sampai. Macamana? Awat laju sangat berdesup,  kami takdan pikiaq la laguni.  Kalau tidak Poslaju yang datang hon depan pagar,  mesti Ninja Van. Kalau tidak pun mesti Lazada Express.  Power kan ada system delivery sendiri?
So apa tunggu lagi shop now at Lazada!



Thursday, January 25, 2018

Breastfeed, the tips and tricks!


Itu tangan Iman, pesen nak kaut semua benda nak capai segalanya. Gittuh. Sebenarnya nak kongsi few tips and tricks tentang penyusuan. Saje nak kongsi apa kita tau, and nak ramai-ramai dpt manfaat. Taknak baca blh scroll lelaju eh? 
Ramai tanya, debab macamni bagi makan apa? Tak, Iman belum start makan. Fully bf. Alhamdulillah susu meriah. Tak ada special milkbooster selain makanan kesukaan dan kegemaran.
.
Menyusu dari awal memang ada one time I was about to quit. Like, badan kau masam kot bila sebelah df sebelah lagi basah jugak. Kau makan takleh main telan je. Belum masuk melecet, bengkak susu dan orang keliling merungut sebab bila kau tinggal utk mandi tapi anak nangeh tapi takleh feed apa-apa. Kau sabar jap jah, jangan emosi sangat. . 

First thing first, few days lepas bersalin, jangan harapkan susu macam air paip. Ia adalah pekat likat macam susu pekat manehh tu so nak keluarkan cuma dengan lekapan yang betul. Salah cara, melecet atau tak keluar. Atau tersumbat, kena berurut la biasanya. No worries. Sebab kerisauan sebenar comes in a few days. 




Lepas phase colustrom, susu akan mencurah macam air hujan lebat. Bengkak susu kalau dah terlebih. Ini nak pergi klinik pun segan. Masam nak mampuih walau deodorant 40lapis. Takpe, ini tipsnya. Bila menyusu sebelah, sebelah lagi tadah. Cari milk collector. Bukan pam ye. Do not pump while in pantang period. Enjoy your days, rehat bila baby tidur. If, lets say dah bengkak susu. Bagi baby hisap, atau pam tapi cuma sekadar nak surutkan bengkak. Jangan duk layan pam sampai 15-20minit.
.
Kenapa? Demand vs supply. Bila banyak pam, badan ingat baby nak minum sebanyak tu. Jadi produce lagi banyak lagi banyak. Bila baby tak minum, terkumpul lepastu nak jadi apa? Harta karun? Worst case boleh bernanah sebab clogged. Never worried tentang stok untuk kerja ke apa. 

Last utk malam ni. Bengkak susu. Yang kebanyakan iklan milkbooster mahu, but believe me you never want it! . 

Dalam pantang sebenarnya agak mudah nak kena bengkak susu ni. Sebab hormon masih tinggi. Badan masih belajar adapt dengan perubahan baru ni. Percaya tak bengkak susu boleh lead tu kering susu? . 

Kenapa boleh kering susu? Banyak sebab. Mother ada problem kesihatan, kurang minum air dalam pantang, tak makan makanan berkhasiat, tak betul-betul susukan masa fasa kolustrom, atau bengkak susu. Woo, wait, bengkak susu? Yes. Macam tadi kita kata demand vs supply. Kalau kerap bengkak, dan tak dikeluarkan, badan pun fikir oh terlebih dah susu ni, baby tak minum pun; cukuplah tu produce. 



Saturday, January 13, 2018

Gastrik

2012 pernah berpengalaman dikejarkan ke HKL, suspek appendix. Rupanya meleset, pedih perut sebab gastrik. Padahnya lepas rasanya hampir seminggu straight memang pajeri nenas dan ayam goreng blackpepper, HARI-HARI! 
Jom kita selidik sikit apabenda gastrik ni sebenarnya. Basically, ada tiga jenis gastrik;
1. Gastritis ringan
Bengkak pada lapisan perut. Awal luka. Biasanya pedih-pedih bila tersentuh dengan makanan.
2. Gastritis berat
Luka, berdarah dan memang sah-sah pedih bila tersentuh apa pun, terutama makanan!
3. Ulser gastrik (peptic ulcer)
Kalau paling teruk, luka besar yang terbuka. 
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

simptom GASTRIK

1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

penCEGAHan GASTRIK
Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Sebelum terkena lebih baik berjaga-jaga. Cuba kita amalkan tips berikut supaya terhindar dari gastrik ni.
1. Makan on-time!
2. Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.
3. Elakkan minuman bergas dan alkohol.
4. Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.
5. Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut. Tetapi, jangan minum susu dengan perut kosong terutama pada waktu pagi.

Namun jika sudah terlewat, masih ada sinar buat anda. Jangan risau, sebab NuvaPine A berjaya menghasilkan produk yang boleh melegakan kepedihan gastrik ni menggunakan bahan-bahan semulajadi. Cepat, cuba intai NuvaPine A di farmasi berdekatan anda! 
NuvaPineA Conifer Green Needle Complex 160mg