2012 pernah berpengalaman dikejarkan ke HKL, suspek appendix. Rupanya meleset, pedih perut sebab gastrik. Padahnya lepas rasanya hampir seminggu straight memang pajeri nenas dan ayam goreng blackpepper, HARI-HARI!
Jom kita selidik sikit apabenda gastrik ni sebenarnya. Basically, ada tiga jenis gastrik;
1. Gastritis ringan
Bengkak pada lapisan perut. Awal luka. Biasanya pedih-pedih bila tersentuh dengan makanan.
2. Gastritis berat
Luka, berdarah dan memang sah-sah pedih bila tersentuh apa pun, terutama makanan!
3. Ulser gastrik (peptic ulcer)
Kalau paling teruk, luka besar yang terbuka.
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
simptom GASTRIK
1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)
penCEGAHan GASTRIK
Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Sebelum terkena lebih baik berjaga-jaga. Cuba kita amalkan tips berikut supaya terhindar dari gastrik ni.
1. Makan on-time!
2. Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.
3. Elakkan minuman bergas dan alkohol.
4. Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.
5. Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut. Tetapi, jangan minum susu dengan perut kosong terutama pada waktu pagi.
Namun jika sudah terlewat, masih ada sinar buat anda. Jangan risau, sebab
NuvaPine A berjaya menghasilkan produk yang boleh melegakan kepedihan gastrik ni menggunakan bahan-bahan semulajadi. Cepat, cuba intai
NuvaPine A di farmasi berdekatan anda!