Thursday, January 25, 2018

Breastfeed, the tips and tricks!


Itu tangan Iman, pesen nak kaut semua benda nak capai segalanya. Gittuh. Sebenarnya nak kongsi few tips and tricks tentang penyusuan. Saje nak kongsi apa kita tau, and nak ramai-ramai dpt manfaat. Taknak baca blh scroll lelaju eh? 
Ramai tanya, debab macamni bagi makan apa? Tak, Iman belum start makan. Fully bf. Alhamdulillah susu meriah. Tak ada special milkbooster selain makanan kesukaan dan kegemaran.
.
Menyusu dari awal memang ada one time I was about to quit. Like, badan kau masam kot bila sebelah df sebelah lagi basah jugak. Kau makan takleh main telan je. Belum masuk melecet, bengkak susu dan orang keliling merungut sebab bila kau tinggal utk mandi tapi anak nangeh tapi takleh feed apa-apa. Kau sabar jap jah, jangan emosi sangat. . 

First thing first, few days lepas bersalin, jangan harapkan susu macam air paip. Ia adalah pekat likat macam susu pekat manehh tu so nak keluarkan cuma dengan lekapan yang betul. Salah cara, melecet atau tak keluar. Atau tersumbat, kena berurut la biasanya. No worries. Sebab kerisauan sebenar comes in a few days. 




Lepas phase colustrom, susu akan mencurah macam air hujan lebat. Bengkak susu kalau dah terlebih. Ini nak pergi klinik pun segan. Masam nak mampuih walau deodorant 40lapis. Takpe, ini tipsnya. Bila menyusu sebelah, sebelah lagi tadah. Cari milk collector. Bukan pam ye. Do not pump while in pantang period. Enjoy your days, rehat bila baby tidur. If, lets say dah bengkak susu. Bagi baby hisap, atau pam tapi cuma sekadar nak surutkan bengkak. Jangan duk layan pam sampai 15-20minit.
.
Kenapa? Demand vs supply. Bila banyak pam, badan ingat baby nak minum sebanyak tu. Jadi produce lagi banyak lagi banyak. Bila baby tak minum, terkumpul lepastu nak jadi apa? Harta karun? Worst case boleh bernanah sebab clogged. Never worried tentang stok untuk kerja ke apa. 

Last utk malam ni. Bengkak susu. Yang kebanyakan iklan milkbooster mahu, but believe me you never want it! . 

Dalam pantang sebenarnya agak mudah nak kena bengkak susu ni. Sebab hormon masih tinggi. Badan masih belajar adapt dengan perubahan baru ni. Percaya tak bengkak susu boleh lead tu kering susu? . 

Kenapa boleh kering susu? Banyak sebab. Mother ada problem kesihatan, kurang minum air dalam pantang, tak makan makanan berkhasiat, tak betul-betul susukan masa fasa kolustrom, atau bengkak susu. Woo, wait, bengkak susu? Yes. Macam tadi kita kata demand vs supply. Kalau kerap bengkak, dan tak dikeluarkan, badan pun fikir oh terlebih dah susu ni, baby tak minum pun; cukuplah tu produce. 



No comments:

Post a Comment